Reading this article, my heart wept for her.
Rozana tidak mungkin dapat bantuan kewangan. Prejudice by Malaysian authority? Or they simply couldn't care-less?
Isn't she Malaysian? Should the government of Malaysia take some initiative to protect her citizen?
Nope. Unless she brings money home, or she's some kind of celebrity a la Jeslina Hashim (remember Zouk), or she's related to any of the Executive, she could be better left rotting in Hell, or in this case, Australian prison!
Sisters in Islam? Woman's aid NGO? Parliament Caucus group? You really made my day, :)!
What do the opposition has to say about this?
PAS? Their official
paper?
DAP?
PKR? Their un-official
online paper? They're clue-less as well!
Aliran?
MalaysiaKini?
Jeff Ooi? Too busy with something else?
MGG Pillai?
Kasihan Rakyat Marhain Malaysia.......
Latest update:
Jeff Ooi wrote
this, Tuesday, June 21, 2005, maybe after I mailed him to the effect.
Original cached text
KUALA LUMPUR 18 Jun - Dasar kerajaan yang tidak bertolak ansur terhadap kes-kes dadah tidak memungkinkan rakyat negara ini, Rozana Zubir yang kini ditahan di Australia kerana disyaki menyeludup candu ke negara itu mendapatkan bantuan kewangan bagi membiayai kos guaman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, kerajaan tidak pernah menyediakan peruntukan atau dana khas bagi membantu mereka yang menghadapi tuduhan mahkamah kerana mengedar dadah.
Beliau berkata, dasar kerajaan terhadap kes dadah menyebabkan negara-negara Barat termasuk Australia tidak menyokong pendirian tegas negara ini.
``Kita memang tidak pernah ada peruntukan bagi tujuan itu (membiayai kos khidmat peguam) untuk mereka yang dituduh mengedar dadah.
``Undang-undang di Malaysia ini lain, kita memandang berat terhadap kes dadah dan tidak pernah bersetuju dengannya (dadah),'' katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan peguam Rozana, Raj Palany yang meminta jasa baik kerajaan Malaysia untuk tampil dan membantu Rozana menyelesaikan bayaran guamannya.
Rozana memerlukan antara RM300,000 hingga RM360,000 untuk membiayai kos khidmat peguam bela dan peguam cara bagi perbicaraan kesnya di Mahkamah Pusat Sydney.
Radzi bagaimanapun menasihatkan Rozana supaya menulis surat kepada pihak kerajaan untuk memaklumkan mengenai masalah yang sedang dia hadapi.
``Saya nasihatkan dia supaya tulis surat tetapi kita tidak pernah ada peruntukan khas bagi membantu kes seumpama ini,'' katanya.
Menurut Radzi, Malaysia tidak akan mengikut jejak Australia membantu rakyat negaranya, Schapelle Corby, 27, seorang penuntut yang dituduh mengedar dadah jenis kanabis seberat 4.1 kilogram ke Indonesia selepas ditahan di Lapangan Terbang Denpasar, Bali pada Oktober tahun lepas.
Corby yang dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Indonesia menerima bantuan sebanyak RM3 juta untuk membiayai perbicaraan kesnya.
Sementara itu, Palany ketika menghubungi Mingguan Malaysia dari Australia memberitahu, Rozana sangat kecewa dengan keengganan keluarganya menyediakan sejumlah wang seperti yang diperlukan.
``Saya terima sepucuk surat dari Rozana hari ini, surat itu ditulis dalam bahasa Melayu, dia mahu minta bantuan kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membantunya,'' kata Palany.
Rozana, seorang jurujual kereta ditahan ketika hendak pulang ke Malaysia melalui Brisbane setelah pihak berkuasa Australia mendapati kepingan berbalut pita pelekat berwarna tar yang ditemui dalam bagasi miliknya adalah candu.
Dia yang berasal dari Perlis berhadapan dengan hukuman mati dan denda sehingga RM2.14 juta mengikut undang-undang Australia jika disabitkan kesalahan.
Rozana akan dihadapkan semula ke Mahkamah Pusat Sydney pada 24 Jun depan.